Asri Budak Online
  • HOME
  • PROFILE
    • Training Class
    • Training List
  • COURSE REGISTRATION
  • TIPS & TRICKS
  • CONTACT US

3 Asas Wajib Mahir Bisnes Offline / Online

7/10/2018

2 Comments

 
PERKARA TERPENTING DALAM BISNES.
Picture
Hari ni sy nk share 3 perkara asas yg kita WAJIB/HARUS/PERLU/MESTI mahir sebelum buat sesuatu bisnes tak kisah offline ataupun online. Which are; product knowledge, market segmentation dan masalah prospek. Dalam erti kata lain, JANGAN berangan nk bt bisnes langsung if 3 benda ni kita tak amik "port".
.
1. Product Knowledge.
Pengetahuan atau ilmu mengenai produk/servis yg kita jual tu adalah perkara utama. Ini memudahkan kita utk buat copywriting, aktiviti promosi dan semasa kita berkomunikasi dgn prospek. Pernah tak ada dalam situasi ni? Kita nk beli suatu barang, tudung contohnya..bila kita tnya ke salesgirl tu ttg material product tu, dia jawab apa?
  • entah....lycra kot..takpun cotton..
  • tak pasti..kena tanya tauke dulu..
  • saya tolong jual kawan punya ja..
Haaa..ini jawapan yg kita selalu dapat kan? Apa prospek buat lepas dpt jawapan mcm tu? Blahh ja la...sbb sakit hati dgn jawapan tu, pelik la jual apa kalau semua xtau mcm ni..
.
Sebab tu, penting utk kita sebagai seller utk amik tau ttg produk/servis jualan kita. SEGALANYA. Atas bawah kiri kanan depan belakang dalam luar. Supaya, apa2 saja enquiries dari prospek, kita dapat jawab dan kepuasan itu yg buatkan prospek kita close beli. OK? Bila sy sebut SEGALANYA, ya..segalanya hinggalah sekecil2 perkara contoh apa maksud logo company dan kenapa bentuk produk tu jadi mcm tu. Mesti kita ada knowledge utk justify semua.
.
2. Market Segmentation.
Seterusnya adalah Segmentasi Pasaran. Adalah AMAT PENTING utk kita tau, CIRI-CIRI prospek kita. Siapa itu PROSPEK? Ialah org yg belum beli lagi produk kita, belum jadi customer kita lagi. Apa ciri-ciri prospek yg kita kena consider?
  • jantina
  • umur
  • lokasi
  • tahap kesihatan
  • tahap pendidikan
  • minat/hobi
  • agama/kaum/bangsa
  • status perkahwinan / latar belakang keluarga
  • pendapatan
  • pekerjaan
  • gaya hidup
  • political views.
So, kita kena faham setiap ciri-ciri prospek ni, SUPAYA kita dapat bt CW, FB Ads dan approach mereka dengan trigger ciri-ciri mereka yg sesuai dgn produk yg kita jual.
.
Contoh:
Kita jual produk kecantikan, glowing-glowing punya serum berharga RM 100. Ok, so? Jom kita recognize potential prospects kita.
  • jantina: perempuan (if serum tu hanya dibuat khas utk perempuan)
  • umur: 15-45 tahun (if serum tu bukan anti aging, utk beauty purpose)
  • lokasi: seluruh Malaysia (if serum tu boleh dipost)
  • tahap kesihatan: perempuan yg mengalami masalah kecantikan muka
  • tahap pendidikan: educated (sbb serum melibatkan perkara klinikal)
  • minat/hobi: minat terhadap produk kecantikan
  • agama/kaum/bangsa: tidak berkaitan (melainkan ada guna brg tidak halal, baru kena filter Muslim)
  • status perkahwinan: nampak mcm tidak berkaitan kan?? Tapi kita boleh trigger if prospek kita tu ibu tunggal, single atau janda tanpa anak. Kita boleh bt CW yg berbeza utk prospek-prospek tersebut.
  • pendapatan: produk RM 100, mampu milik. So, tak lah berkaitan sangat.
  • Pekerjaan: students atau golongan bekerja. Kita boleh bt CW berbeza utk 2 ciri ini, sbb utk students, kita boleh bt CW yg fokus utk dia siapkan diri utk ke kelas, utk yg bekerja, kita boleh fokus utk isu keyakinan diri, penting utk good appearance dan sebagainya. Haaa...kan?
  • Gaya hidup: tak berkaitan sbb bukan luxurious products.
  • political views: ini kalau boleh, jgn letak langsung dlm CW. Huhu..taboo topics.
Boleh? So, kita kena expert semua, barulah kita boleh tailored CW dan Ads kita utk lebih berkesan.
.
3. Prospects' Problems
Ini selalunya tak ada masalah bagi seller. Soalannya, "Kenapa prospek tu kena pakai produk kita? Kenapa?"
.
Kenapa? Sy paling pantang bila jawapan, "Murah". Kenapa org kena beli produk kita? Murah!!
,
Ni sy nk bagitau ni, murah bukanlah faktor utama org beli sesuatu barang, Yg pertama adalah value. Value bermaksud benefits > cost to acquire. Manfaat yg dapat dari produk tu lebih besar dari cost utk mendapatkannya.
.
So, kita kena tahu apa masalah prospek yg mampu diatasi oleh produk/servis. Kat situ, baru kita kaw-kaw trigger masa copywriting. Selalunya, kita huraikan masa perenggan kedua selepas Heading bila kita bt CW.
.
.
Boleh? Alhamdulillah. Saya dh dedahkan 3 tips asas bisnes ni. If kita tak dapat mahir salah satu, JANGAN BERANGAN nk mula bt bisnes. Insya Allah.
.
Semoga kita semua sentiasa dicukupkan segala keperluan.

2 Comments

4 Basic Apps For Online Marketing

6/10/2018

2 Comments

 
Hi. Morning! Dah breakfast ka tu? Ni haa..nk dedahkan 4 Apps Asas WAJIB ADA.
.
OK. So, hari ni Asri Budak Online nk share berkenaan Apps asas yg kita perlu ada kt smartphone kita utk operate online business atau bt marketing activities. But, be caution yg ada beberapa Apps yg tidak compatible dengan iOS. Haha...kesian lah pada sesiapa yg pakai iphone tu. 
.
1. Facebook.
Yg ni semua OS allow untuk guna. Cuma features dan settings mungkin berbeza sikit especially di bahagian FB Marketplace yg kdg2 dia hidden sikit if guna iphone. Kena search sikit lah. Facebook Apps ni yg kaler biru tu. Yg ni, selalunya setiap 2 minggu, akan ada update yg perlu data besar. Kena ready-ready lah masa dapat Wifi free tu. Haha..still guna data kecik ka tu? 
.
2. Facebook Page.
Ini apps yg amat penting untuk kita install. Since ini adalah fokus utk kita manage Facebook Pages kita yg banyak tu. Mcm sy ada 3 Facebook Pages belum termasuk yg clients punya lagi. Huhu..actually boleh ja manage FB Page guna apps Facebook yang biru tu, but somehow, susah sikit sebab apps biru tu lebih kepada personal fb configuration. Guna apps Facebook Page ni, amat bagus untuk kita buat posting, schedule posting, buat Ads, switching Pages kita dan macam-macam lagi. Ok? Next..
.
3. Instagram.
For those yg pakai Instagram, perlu install. Actually, tak semestinya kita WAJIB utk guna FB dan Insta walaupun 2 socmed itu yg paling popular skrg. Yg penting, adalah kita kena identify dulu kt mana prospek kita ada. Kalau prospek kita ramai stay kt Insta, so, kena fokus lebih kt Insta. But, cadangan sy, kita guna saja kedua-dua socmed ni. Senang..bukan susah pn nk manage. lagipun, update ja kt Insta, terus automatic dia update kt FB Page juga bila kita link-kan keduanya.
.
4. Whatsapp For Business (WFB)
Apps utama, yg dibuka setiap masa, yg dilihat setiap masa, yg menjadi punca pergaduhan suami isteri pun ada. Haha...itu kena buka page Kisah Rumah Tangga lah. Perempuan lah selalu mengadap benda tu. hihi...WFB ini amat bagus berbanding whatsapp biasa yg bila install, keluar logo W tu. kalau WFB, dia akan keluar logo B mcm gambar di bawah. So, jom lah pakai WFB ni, install ja, nnt dia akan bawa segala data dari wassap biasa ke WFB ni. Haaa..senang ja...
Apa yg specialnya guna WFB ni?
  • Pinned Chat: boleh letak kt atas sekali mana2 conversation yg penting. Sama mcm pinned post di FB Page.
  • Label Chat: kita boleh letak label (mcm penanda buku) kt chat room kita. If masuk dlm kelas sy, sy akan explain details mcm mana nk pakai label tu which are kita categorized kan org yg pm kita tu ke beberapa label such as "Pm tapi tak beli", "Dah bayar tp tunggu restock", "Settled", "Tunggu post, dah bagi no tracking" dan sebagainya label-label yg kita fikirkan perlu.
  • Auto-Reply: ini bagus kalau no telefon tu kita betul2 guna untuk business purpose ONLY. If dpt PM, kita boleh set auto-reply mcm kita setting kt FB Page. Contoh: "Terima kasih kerana berminat. Saya akan melayani anda sebentar lagi." So, setiap pm yg kita dapat, akan terus di-entertained. Prospects pun akan rasa di-appreciated. Tapi..haha..sy tak guna pun benda ni, sbb no personal sy sama ja dgn no business. So, nnt mak sy msg, "Ada mana tu?". Terus auto-reply, "Terima kasih kerana berminat. Saya akan melayani anda sebentar lagi." Hahhahaha..adehh..
  • Whatsapp Call/Video/Broadcast: features ni still ada kat WFB pun. So, jgn risau. :)
Seterusnya, Apps bit.ly, canva dan weebly akan sy huraikan kemudian. Penuh pulak post ni..hehe..~
​
Picture
2 Comments
    Picture

    Other Tips & Tricks

    August 2021
    July 2021
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    February 2019
    January 2019
    November 2018
    October 2018

  • HOME
  • PROFILE
    • Training Class
    • Training List
  • COURSE REGISTRATION
  • TIPS & TRICKS
  • CONTACT US