Asri Budak Online
  • HOME
  • PROFILE
    • Training Class
    • Training List
  • COURSE REGISTRATION
  • TIPS & TRICKS
  • CONTACT US
  • Modules & Recording

Container Freight. Texas Station, Kemaman.

6/10/2018

4 Comments

 

Assalamualaikum. 
.
Malam tadi lepas ja g Giant. Terus niat nk singgah Texas Station di area Bdr Chukai, Kemaman, Selalu nampak berlampu-lampu dari tepi jalan. Mcm meriah, so curious gila nak tau. Bukan apa pun, sekadar nk amik ilmu bisnes based on observation ja. Hehe..
.
Actually, yg sy tahu, Texas Station ni ada cawangan. Ini yg terbaru berkonsepkan kontena. Ada juga tanya apa beza branch ni dengan branch depan Pasaraya Nirwana, kata pekerja tu, ni konsep lepak2 berbanding kt sana yg konsep Western. Ohhh..itu macam ka..
​.
​Lepas sampai ja, mmg impressive!! Sebab cukup fasiliti dan menepati konsep lepak-lepak. Surau dan tandas lelaki dan perempuan ada di kontena berasingan. Ada 3 tingkat utk dining. Memang kemas. Food? Since website ni bukan food review, dan sy pun jenis bedal aja, xkisah sngat food dia..hehe..~ Sy order set mushroom soup with garlic bread (Sedap gila), cheezy wedges (portion byk, sesuai utk 4 adults) n special drinks of Florida dgn T. Summer. Crew dia amat bagus, menjawab dgn teliti setiap yg sy tanya dari segi campuran air dan menu kat situ. Terbaik boss yg rekrut! Teringat waktu sy keja cashier McD dulu. Haaa...~
.
Next time, if sy ada kwn atau business affiliates, CONFIRM sy akan bawa kt sini. Ambiance kedai ni leh bantu close deal juta-juta. Hihi..~
So far, amat berpontensi utk terus maju n berkembang. Maybe still baru. 
  • kena register google maps. Sbb if org cari Texas Station, akan di-suggest-kan cawangan utama di depan Pasaraya Nirwana tu. Boleh guna Texas Station 2. Nampak ada pertambahan branch kt situ.
  • Menu. Leh tambah beberapa 1-2 menu berat. Mcm semalam, ada 1 Alphard-Family dtg, asked for dinner menu, tapi, tak ada. So, terus balik ja. Ada dalam 5 adults dlm family tu. So, if ada spaghetti carbonara, mee goreng, atau guna ja samyang ramen paket tu jadikan menu, boleh jadi pilihan.
  • Kawasan Lapang. Ada kawasan lapang area buaian tu, boleh di-utilize-kan. Boleh buat Stadium Chelsea kt situ utk tempat lepak tgk EPL. Fuhhh..~ tempat best, dpt tgk EPL pula. Ini boleh dijadikan USP since tak ada lagi tempat seumpama tu area Kemaman ni..seriously..~
  • Non-Smoking Area. By days, org akan cuba cari tempat yg non-smoking. Especially, families. Even though tempat ni utk santai2 n org expect utk smoking, boleh ja buat 2nd Floor dan 3rd Floor tu as smoking area. Relevan nya, since order tu kena amik sendiri di kaunter, jadikan 1st Floor tu non-smoking area, tak lah berasap-asap dekat pintu masuk bawah tu. Leh target audience Family-friendly as USP juga. Kalau bt FB Ads ni, boleh guna USP tu kaw-kaw punya.
  • Queuing Number. Kaunter amik order tu agak sempit, if full house or crowded, confirm sesak. Antara improvement, boleh buat ala-ala kaunter pos laju / KFC. Lepas bayar, dapat no. Tunggu dipanggil. Lebih mudah dan sistematik. 
  • Live Band. If ada modal lebih, hehe..boleh buat live band atau buskers lebih sesuai. Guna lagu sentimental. Confirm sesuai dgn konsep ni. Jgn live band yg crowded dan open karaoke utk public, jadi karaoke "jamban" atau "kedai makan dangdut mak leha" lak nnt..hehe...
  • Online Marketing. Pernah nampak beberapa kali promotion dibuat kat group2 FB area bandar chukai dan sekitarnya, tapi rasanya tu tak cukup nk attract. If sy stalk di FB Page, hanya promote branch utama dia saja. Kena start promote 2nd branch ni ataupun buat saja 1 Page baru n launch FB Ads.
.
Sekian review saya utk bisnes ni. Overall, terbaik! Dan masih byk potensi. Dlm bisnes ni, mahu tak mahu, tetap kena masuk online. Itu saja cara utk cepat attracting prospek dan di masa yg sama, ambiance, physical appearance boleh dikekalkan n tambah baik if perlu.
.
Next? If sy ada singgah atau ada berurusan dgn mana-mana biz lagi, saya buat review ya..~ boleh leave comment utk any enquiry.
.
Jgn lupa bt FB Ads utk online sellers yg visit website ini ya..~ Hihi..~
4 Comments

Al-Kisah Kedai RM 5.90 sepinggan. Buh apa saja..

4/10/2018

0 Comments

 
Picture
Ni FB Page. Boleh click di gambar utk terus ke Page.
Terkenang 8 bulan lepas. Ketika diberi tugasan untuk mencari USP bagi sebuah bisnes kedai makan di Sg. Petani. Kedai ni pada mulanya buat nasi campur dan pelbagai dishes sampingan lain tapi disebabkan byk gila kedai-kedai tepi jalan yg bercambah, sememangnya menggugat lah sales kedai ni yg terletak di dalam bangunan. Ya lah..tepi jalan tak payah bersewa 3-4 ribu sebulan. Kena saman pun setahun sekali ja dari Bandaran..
.
So, bisnes ni mmg tak ada langsung promote on9 secara "radikal". Hanya menggunakan kaedah offline seperti banner, flyers, word of mouth dan blast whatsapp group. Amik tempahan food delivery guna kaedah "mangkuk-tingkat". Fuhh..agak penat lah di situ, tambah2 traffic kt SP pun makin lama makin jammed. Kalau ada pun, hanya share di group-group FB penduduk sungai petani dan sewaktu dengannya.
.
Dgn hanya seminggu ja yg sy ada (sebab masa ni sy tengah handle 2 page clients lain), sy terus start bt market research on customer behavior sekali dgn demographic b'ground di kalangan prospek sasaran kedai ni dan akhirnya..sy come out dengan idea 5.90 ni. Hehe...actually idea ni sy dapat masa sy travel dgn family dari Kuching ke Brunei pada bulan 11 tahun lepas. Naik myvi ja..jgn tanya berapa puluh jam perjalanan. Hehe..so, masa nak balik tu, kami singgah di RnR Betong.
.
Ada satu kedai di situ, Allah nk bg ilham kt sy, lepas kami makan, sy nak bayar..dia kira RM 4.50 (rasanya) sepinggan tak termasuk air. Aik...selalunya org tnya, "makan apa tadi", ni tak..dia tnya, berapa org makan. So, sy ckp lah 2 org, sbb anak2 share dgn kami berdua makan. So, RM 9.00 plus tambahan RM 3-4 utk 3 gelas air. Dalam kereta, sy dgn wife asyik bersembang lah ttg konsep kedai tadi. Pros and cons bt konsep mcm tu..
.
Dari idea tu lah, sy suggest utk bt RM 5.90 dan owner pun setuju. Kami dah list out everything, cost, simulation proses order, online marketing plan, banners, menu dan sebagainya. As the result, sy seperti biasalah. Mana-mana clients pun, sy akan handle dalam masa 3 bulan ja. Dalam masa tu sy akan ajar owner semuanya ttg FB Page management, copywriting, FB Ads dan segala tips n tricks yg ada. Insya Allah..sempat belajar..
.
Then, sy terus execute plan:
  1. Buat FB Page: Restoran Cikgu Amanjaya. Terus housekeeping Page tu. Page name, username, design canva, CW dan sebagainya. Settled.
  2. Buat locations di Google Maps. Link whatsapp, link fbpage,locations, semua guna bit.ly.
  3. Launch FB Ads: Modal seperti biasa RM10 sehari. Manage pm. Bt CW setiap hari. Ajar owner mcm mana nk bt live video, teknik upload gambar dan lain-lain selama 3 bulan.
.
Alhamdulillah...sebelum puasa, owner dah amik alih sepenuhnya. Antara kerja sy yg sy amat berpuas hati. Dari business planner sampailah online marketing executor. Tiba-tiba nk imbau sebab ada viral di Penang Kini baru-baru ni..hehe..~
.
Kedai makan ni. Senang ja nak viral. Setakat hari ni, FB Ads amat berkesan. Instead of kita buat paid review, panggil artis dan sebagainya, better kita create genuine followers sendiri, more cost efficient dan lebih lagi, owner kedai tu bt personal branding. Haaa..byk maksudnya bila kita buat personal branding tau..nnt sy bt 1 post khas ttg personal branding.
.
OK? Insya Allah..if ada benda-baru baru lagi, sy akan share lagi. Semoga bermanfaat.~
Picture
Viral di FB Page Penang Kini pada 3 Oktober lepas. Alhamdulillah, free promotion.
Picture
Viral di paper Utusan.
Picture
Viral di Harian Metro
0 Comments
Forward>>

    Reviews

    August 2021
    December 2018
    October 2018

  • HOME
  • PROFILE
    • Training Class
    • Training List
  • COURSE REGISTRATION
  • TIPS & TRICKS
  • CONTACT US
  • Modules & Recording