Asri Budak Online
  • HOME
  • PROFILE
    • Training Class
    • Training List
  • COURSE REGISTRATION
  • TIPS & TRICKS
  • CONTACT US

Projekt Makan : Cut The Crab

25/10/2018

0 Comments

 
Peteh Ganu Peteh..~ hehe..ala..kalah, takpa. Hari ni tetap cuti. TQ MB Ganu, Pakar Aeroangkasa. Hihi..~
.
Salam semua. Sihat? Pening pasal FB Ads menggila ka tu? Adehhh..sy pn sama. Nnt sy naik posting lah psl tu ya..~ So, just nk bt biz review ttg salah sebuah restaurant "hispter" yg ada kt Kuantan, Pahang. Projekt Makan. Pernah ternampak kwn2 viral psl kedai tu, so hari Khamis malam tu, pergilah jap since dekat sikit dari Swiss Garden Balok, short escape kt situ jap. Leh stalk FB Page dari sini.
.
Nasib pergi awal, sampai dalam pukul 8.45. Terus dpt seating kt area dalam dan waitress terus greeting dan minta scan. SCAN? Menatang apa scan ni, kata aku dalam hati menggunakan bahasa kampung. Terpandang lah gambaq scan kt atas meja no C1 tu. Owhh..QR Code. Nampak mcm pandai, padahal tak pernah guna. Kalut lah sy mencari Apps Scanner kt Xiaomi Redmi Note 4 sekali dgn wife sy guna Huawei Nova 2i. Kikihhh..ada la 4-5 minit dok runsing cari tak jumpa dalam menu tu. Cari kt PlayStore, yhofoodie tak keluaq pulak, yg ada bahasa Cina. 
.
Akibat kejakunan tu, terus panggil waitress, n dia bawa iphone n explain detail cara place order. Scan code, select n submit bagai. Oiiii..~ malunya aku, trainer online marketing, guna Apps tu pun tak reti. Hahhaa...~ Tapi, sy sedar satu benda bila jadi mcm tu, nnt aku explain kesedaran sivik tu. So, sy pn submit order guna iphone tu. 
.
Makanan sampai. Customer makin ramai. Penuh. OK! Makan. Since nk cuba yg special, orderlah kami lamb chop n meatball (nama dia sangat2 attractive, lupa dah apa dia, alfredo n apa entah). Taste? Terbaik. Anak-anak suka gila. Disebabkan sedap sangat, sy pn lunyai la tibai (Org kedah kata: tutoh habis). Ayaq Sg Petani pula dikatakan guna pati direct dari Sg Petani, ada cengkih, bunga lawang, serai, pudina, halia n mcm2 lg dalam tu. 
.
Tup-tup, ada 1 Family, gaya mcm have2 la dtg mai makan sebelah meja. Same SOP. Waitress explain mcm mana nk scan. Order cara traditional boleh tak, tak reti scan2 ni. Si Ayah cakap.
.
Yes! Ada geng! Haha..but, nampak juga isu di situ.
.
Just cadangan saja:
  • Ordering System: Kedai ni guna apps yhofoodie. Kena scan. So, utk Gen Y dan Gen Z maybe tak ada masalah sbb dah biasa dgn Apps2 ni. Cepat belajar. Tapi, kena hati2 dgn golongan Gen X dan awal Gen Y yg maybe kurg biasa dgn online ordering system. Maybe ada rasa pelik, ehhh..bukannya aku order delivery sampai ke rumah yg kena order by apps2 ni. Mai teruih ke meja la, aku nk order teruih ni. Kann..who knows? Sbb hanya order online saja, tak ada offline "Abg, order banggg!". If customer rasa renyah, lain kali tak mai dah. Boleh jadi..
  • YhoFoodie: Apps ni mmg tak familiar or famous. So, maybe x ada org yg tiba2 nk install Apps tu semata-mata nk order. Makan data. Huhu...sy try cari wifi signal, tapi mcm tak provided ja. (Sy jumpa kt Playstore tp awat bahasa Mandarin). Adehh..dalam menu di apps tu, kurang gambar utk illustration. So, kena main teka-teka la beberapa menu tu tentang apa.
  • Food: Sedap itu subjektif, but utk sy n family, just nice. Waiting time acceptable. Price range was valuable dgn served dishes. Utk org yg bajet-bajet, ada ja menu bajet. 
  • Ambiance: Terbaik. Even crowded, tak rasa panas. Tak sempit, kemas susunan.
  • Online Marketing: Stalk dari FB Page kedai ni: Terbaik. Setiap hari ada update. Ada beberapa CW yg perlu CTA samada link wassap atau link Maps, tak diletakkan. Mcm sy selalu tekankan dlm kelas training, antara yg penting adalah, "Muka-Muka Ceria Customer / Feedback Customer". Kena upload gambar-gambar customers yg dine-in situ. Utk prospek, itulah review terbaik. So, dah boleh tutup lah rating-rating reviews yg negatif tu, obvious sangat nampak di Timeline FB Page. Hodoh bila prospek tengok. Tak perlu pn tunjuk reviews tu. Just upload gambar-gambar customers yg positif, itu pun dikira reviews. Letak@susun dlm album cantik2, ok la tu utk prospek stalk nanti.
  • Username: Username projektmakanmy. Fungsi username adalah utk keywords org search kt FB. Instead of letak username yg sama dgn Page Name, sepatutnya letak keywords yg highly searchable oleh prospek. Since brand Projekt Makan ni taklah bt branding sampai masuk TV setiap hari, billboard sebesar alam, atau alunan suara kt radio, maka username tu penting utk kita manipulate. Cuba fikir, kalaulah kita ni baru ja mai Kuantan, nk cari tempat makan best, kita cari apa kt FB? Cth: tempat makan best Kuantan, kedai viral kuantan, restoren best kuantan; dan sebagainya..so, itulah yg kita letak as username. Dan dlm CW kita pn, letak byk keywords tu dalam content, bila org search, ala-ala SEO lah nanti FB akan suggestkan.
So, itulah sedikit biz review utk Projekt Makan. Overall, terbaik. Keep on track!
.
Next, sy akan review biz lain pula. Hehe...ingat nk cari selain kedai makan pula lah..harap-harap terjumpa. If ada cerita atau biz best-best utk sy review, boleh isi kt form ni. TQ!
0 Comments

Norisqa Kafe & Kek Lapis.

17/10/2018

0 Comments

 
Picture
Salam. Fuhhh..memang sedap mee jawa..tak tipu aihhh..haha..~
.
Ceritanya, sy g amik anak area Taman Cukai Utama, Kemaman. Sementara nk tunggu Shadrina keluar, sy g jap menyinggah di selang 3 kedai dari Little Caliphs tu. So, kedai tu baru buka pukul 12 dan agak lengang. 
.
First impression amat bagus. Dgn decoration di pelbagai sudut tempat dan dinding, ditambah dgn skuter dan backdrop utk tangkap gambar, its a WOW from me utk kafe yg masih ada heavy design mcm tu. Menu yg diberi pn dlm bentuk photo album. Agak cantik tapi boleh improve sbb photo album tu tebal, dan byk ruangan yg kosong. Boleh guna file holder yg cover keras. Nampak lebih exclusive sikit.
Picture
Contoh Menu guna hard cover.
Then, apa sy buat? Once dh dapat first impression mcm tu, sy nk tgk dari segi online presence. Stalk lah FB Page Norisqa Kafe & Kek Lapis sambil-sambil order Mee Jawa. Agak bagus sbb almost setiap hari ada update.
Tapi, bila tengok latest post, Page ni kekurangan:
  • tak ada customers' feedbacks atau album ala-ala testimonials. Ini penting, sbb prospek suka tgk kemeriahan atau wajah-wajah org dh pegi kedai tu. Biasa kan bila kita nk g sesuatu kedai, kita mesti nk tgk feedback dulu. Mcm beli hotel kt Agoda..hehe..~
  • Kurang CTA. Dlm setiap post, tak ada CTA samada utk link wassap atau hp number. So, if prospek minat atau nk bt tempahan seating atau kek lapis, tak dapat lah kt situ. Kena letak at least link wassap.
  • Tiada Lokasi berbentuk Google Maps. Ini penting utk mudahkan audiens yg baca post tu, terus tekan link utk buka direction ke kedai tu.
Saya sempat sembang dgn Owner, perempuan. Cantik. Hehe..~ Beliau dh menetap kt Miri selama 8 tahun. Terus terkenang sy yg baru ja pindah dari Kuching, Sarawak juga. Sy berminat utk tau ttg kek lapis yg beliau bt secara homemade. Kurg sambutan dgn justifikasi bahawa org sini lebih suka lekor dan produk tempatan lain yg popular.
.
For me. Dari pandangan sy. AMAT BAGUS if kita dapat bt sesuatu produk yg bukan local-based. Itulah USP (Unique Selling Point) yg kita boleh GORENG dan TRIGGER masa bt Copywriting nnt. So, owner boleh betul2 ketengahkan dan market-kan kek lapis tu betul2 kt area Kemaman ni. Saya yakin, boleh meletupss pom pom pang Kek Lapis Sarawak tu.
.
Sy order Mee Jawa, Nescafe Ais dan Sunquick Oren. Mcm biasa, sy xreti review makanan. Tau review bisnes ja. Haha..tapi kalau ikut tekak sy, SEDAP GILA MEE JAWA. Terus tapau 1 utk wife kt rumah. Sistem order dia guna Tablet, dan waiter n waitress sangat cekap. Angkat terus pinggan koson once sy dh habis makan. 
.
Itu saja free business review sy utk kali ni. Alhamdulillah. Dapatlah sikit-sikit share idea utk readers semua.
.
Kot mana pun, memang sedap Mee Jawa...hahahaha..xleh lupa lagi oiii...~
0 Comments

Sue Sara Beauty. Konsep Biz Yang Berani.

16/10/2018

0 Comments

 
Picture
Hi. Assalamualaikum. Selamat malam. Menulis pula saya awal pagi ni..hehe..~
.
Actually, sy ada ternampak iklan produk ni di FB Ads. So, Ingatkan produk biasa-biasa ja tapi melihatkan kepada bentuk botol yg lain mcm cantiknya. Sy terpanggil utk click, stalk dan kaji konsep bisnes yg menjual pelbagai produk kecantikan ni.
.
Selalunya, bisnes sebegini amat mempunyai jumlah agen atau dropship yg ramai. Itu yg membuatkan founders cuba untuk mencipta branding sendiri bagi membantu menaikkan imej produk sekaligus memudahkan agen/dropship untuk menjual. Tapi, apa yg sy dpt hasil "curiousity" sy di awalnya, mmg MENGEJUTKAN.
.
Sebab, Sue Sara Beauty ni tak ada langsung rangkaian agen atau dropship. Dengan hanya menggunakan team sales sendiri dan purely menggunakan socmed sebagai platform, ianya amat memberikan prestasi jualan yg amat baik. Tawaran range harga juga amat rendah berbanding competitors.
.
Ianya dapat sy simpulkan bahawa, dengan pendekknya supply chain, bermaksud ketiadaan intermediaries seperti agen, stokis mahupun dropship, Sue Sara ni berjaya untuk mengawal pelbagai masalah yg kebiasaannya timbul dari wujudnya intermediaries seperti persaingan harga sesama agen, kawalan terhadap sikap intermediaries, kos latihan berterusan dan kadar komisen yang dibayar.
.
Kesemua justifikasi itu, saya AMAT BERSETUJU, sebab itulah, produk yg sy jual, tidak menggunakan khidmat agen/dropship secara lantikan rasmi. Dari situ, kawalan harga dapat dibuat dengan baik di mana, dengan ketiadaan intermediaries, kita berupaya utk menentukan harga jualan yg kompetitif disebabkan margin keuntungan kita yg tinggi berbanding pesaing yg menggunakan intermediaries.
.
As the result, sy boleh katakan ini adalah konsep bisnes yg BERANI ditonjolkan oleh Sue Sara Beauty dalam industri produk kecantikan. Dengan pilhan produk yg eksklusif dan harga yg amat berbaloi dan kompetitif, ianya berada di landasan yg betul utk terus dikembangkan. Boleh layari FB Page mereka di sini.
.
​Terima kasih.
0 Comments
<<Previous
Forward>>

    Reviews

    August 2021
    December 2018
    October 2018

  • HOME
  • PROFILE
    • Training Class
    • Training List
  • COURSE REGISTRATION
  • TIPS & TRICKS
  • CONTACT US